Popular Posts

Tuesday, May 8, 2012

Pengalaman tinggal di hotel

Salam, buat semua. Sudah lama saya tidak membuka blog ini. Bukan apa, terlupa kata laluan masuk. Baru sekarang teringat semula. Alhamdullilah akhirnya saya berjaya mengingatinya. Topik yang ingin saya ujarkan adalah mengenai pengalaman tinggal di hotel2 di malaysia. Banyak juga saya membaca akan keburukan dari kebaikan bila tinggal di hotel sama ada 5 bintang ataupun yang tiada bintang. Ramai juga yang tidak berpuas hati diatas layanan ataupun kemudahan yang disediakan. Kenapa ya? Bayaran yang dikenakan agak mahal tapi adakalanya ia amat tidak berbaloi dengan kemudahan yang disediakan. Bilakah ini semua akan berubah.

Pengusaha2 hotel, chalet ataupun resort2 seharusnya memberikan kepuasan dan menunjukan sifat perihatin terhadap segala komplen atau pun rungutan dari pelanggan tapi nampaknya sehingga ke tahun ini masih lagi tiada perubahan yang berlaku. Kalau rakyat sendiri tidak berpuas hati bagaimana pula reaksi pelancong dari luar negara. Tidak kah ini akan memalukan negara Malaysia sahaja.

Apa yang saya tulis kan ini adalah semata-mata untuk menyampaikan ketidak puasanhati setiap dari keluarga yang ini menikmati percutian yang bermakna bersama-sama keluarga. Pergi bercuti di luar bandar ataupun tak kiralah dimana pun, apa yang kita inginkan ialah percutian yang gembira dan akan diingati seumur hidup. Jika percutian itu terganggu dengan masalah2 yang amat mendukacitakan ia menjadi satu titik noktah untuk kita mengunjungi tempat yang sama lagi. apakah itu yang diinginkan oleh pengusaha2 hotel, resort dan chalet2 di malaysia ini.  Fikir-fikirkan lah........

Jalan-jalan di Kundasang, Sabah


KL-Kundasang-Ranau-Kota Kinabalu (4 hari/3 malam)

Percutian singkat aku, suami dan anak2.

Aku dah lama teringin untuk ke Sabah. Tanpa diduga aku dapat membeli tiket murah dari Airasia. Tanpa berlengah lagi aku pun mula menempah hotel di Kundasang dan Kota Kinabalu. Tapi malangnya anak sulung ku tidak dapat turut serta kerana belajar di Kuantan. Tak pe lah Along next time kita pergi lagi. Ayah dah janji nak pergi lagi sekali.

Pagi 26 hb April kami bertolak ke LCCT, penerbangan kami pukul 9.30 pagi. Tepat pukul 8.30 kami dah pun tiba di lapangan terbang LCCT. Anak2 ku terpaksa ponteng sekolah 2 hari. Inilah gara2 mak nak pegy cuti Anak ponteng pun tak pe...hehehe (pertama dan terakhir) lain kali x buat lagi.


Anak kedua ku 

                                                                    Bergambar sementara nak chck in


Anak bongsu ku. (Tengah lapar la tu)


Ayah tengah sibuk membeli makanan untuk anak2.
Inilah kapalterbang yang kami naiki nanti

Adik sempat berposing sebelum menaiki kapalterbang


Kesian my hubby keseorangan
Aku dan anak2 sempat juga berposing hehe


Gambar dari atas ketika sampai di Bandar KK

Cantik pemandangan dari dalam kapalterbang


Kami sampai dilapangan terbang KK kira2 pukul 12.30. Kereta telah sedia menunggu. Kami sewa kereta Myvi je, untuk 3 hari kami dikenakan sewa RM330. (dlm RM110/day oklah tu). Aku dah kelaparan. Suami pula agak risau kerana tak begitu tahu jalan di KK ni. Tapi bagiku yg paling utama ialah mengisi perut ku yang dah mula kelaparan ni....

Kami meneruskan pejalanan ke Kundasang. SEbelum tu kami mengisi perut dulu. SElepas makanan kami pun bertolak ke Kundasang yang memakan masa dalam 2 jam dari bandar KK ni.

Sepanjang perjalanan kami mengikut saja pelan yg telah diberikan oleh kawan office ku yang memang org sini. Alhamdullilah kami berjaya sampai juga ke kundasang. Sepanjang perjalanan aku menyaksikan pemandangan yg sungguh cantik di sini.

Jalan menuju ke Kundasang agak berkabus ketika aku sampai kerana hujan



Akhirnya kami sampai di Mount Kinabalu Heritage. Untuk sampai ke hotel ini kami kena mendaki agak tinggi juga kerana hotel ini letaknya di atas puncak bukit....feeling bole nampak mount kinabalu view disini....happppyyyy nya aku


my hubby bergambar bersama anak2 di pintu masuk hotel Mount Kinabalu














Aku dan anak kedua di pintu masuk hotel


dijambatan gantung depan hotel
berehat sebentar dalam bilik
pemandangan dari tingkap bilik




pemandangan mount kinabalu dari bilik hotel ku
It's really beautiful!!!!!inilah keajaiban ALLAH



Petang itu kami cuma jalan2 di sekitar hotel dan makan malam. Di sini pukul 6 petang dah kelihatan mcm pukul 7.30 malam. Esok kami bercadang ke untuk Mount Kinabalu Park, Poring hotspring, sabah tea garden, tfish message, Dairy cattle farm dan kundasang war memorial........



HARI KEDUA


Pkl 5 pagi aku dah bangun. Kerana execited sangat mata pun x lena nak tidur. Bila bangun terus pergi tepi tingkap tengok pemandangan Mount Kinabalu. Waktu pagi ni lah dapat tengok pemandangan gunung agak clear juga. Lepas sembahyang subuh aku mengejutkan suami dan anak2. Pukul 6 tapi dah terang benderang. Sejuk jangan cakap la....memang sejuk gila kat sini.

Kira2 pukul 7.30 pagi kami pun keluar sarapan selepas itu terus ke Kinabalu Park. Sampai di KinabaluPark kira2 pkl 8 pagi. Kami terus beli tiket dan terus masuk ke dalam. Kami bercadang ke kaki gunung dimana bermulanya pendaki2 untuk memulakan dakian. My hubby pula main redah je. tak sangka perjalanan untuk naik ke atas agak curam dan mencabar.









nanti kita sambung lagi cerita dikundasang>>>>>>>

Thursday, January 20, 2011

Kerja, kerja...dan kerja atau dikerjakan...

"Some people dream of success...while others wake up and work hard at it...tapi inilah lumrah dunia...nak berjaya kau bukan saja mesti work hard tapi kena juga kena work smart...Tapi!!!!ada juga yg tak perlu kedua-duanya, cuma yang dia perlukan pandai kipas.....

Adakah anda juga tergolong salah satu daripadanya...mana yang akan anda pilih??????

Tuesday, January 4, 2011

Salam buat Bonda


Dua tahun sudah berlalu
Selama itu kami merindui mu
Setiap saat setiap masa
Kenangan lama mengusik jiwa

Kenangan itu tak mungkin padam
Semakin lama ia berkembang
Semakin jauh kau pergi
Namun kau tetap dihati

Bonda,
Kasih mu kasih abadi
Sayang mu  sayang sejati
Pergi mu kami tangisi
Terasa sepi tanpa mu disisi

Monday, January 3, 2011

Nukilan Rasa

 

Satu Pertanyaan

by Ruslina Mohd Tahir on Tuesday, June 23, 2009 at 6:09pm
Aku sering bertanya;
Adakah salah berkata-kata;
Tapi apakan daya;
Kata-kata hanyalah bicara.

Aku sering bertanya;
Apakah beza desa dan kota;
Tapi apakan daya;
Perbezaan hanya terletak dimata.

Aku sering bertanya;
Mengapa kita digelar manusia;
Tapi apakan daya;
Haiwan tak pernah berdosa;
Yang berdosa hanyalah kita.

Aku sering bertanya;
Adakah aku kan masuk syurga;
Tapi apakan daya;
Hanya ALLAH YANG MAHA ESA tahu jawapannya.

Wednesday, December 29, 2010

Bab 2 - Percutian di Langkawi 5h/4mlm

Sambung semula bab percutian ku..

Sampai di Arsenia dlm pukul 2.45 petang. Kakak ku baru saja sampai dari Penang. Kami berehat seketika dlm bilik hotel sebelum menyambung semula perjalanan percutian kami. Kira2 pukul 4.00 petang kami bertolak ke Under Water World. Budak2 la yang paling gembira bila sampai disini. Aku dan kakak ku tidak turut serta untuk masuk ke underwater world memandangkan tiket yang mahal. Biarlah budak2 saja yang masuk. Kami berdua tunggu diluar sambil berjalan-jalan dan membeli coklat di Coco Valley bersebelahan underwater world. Biarlah aku menghabiskan duit dengan membeli makanan dari membeli tiket masuk ke underwater ini. Tapi turut gembira bila melihat anak2 dan anak buah ku bergembira bersama-sama.
                                            Danial dan Amirul seronok nampaknya
 
 Angah dan Along



Adik, Along, Angah, Danial dan Amirul posing sakan

                                                         Mamat berlakon sejuk nampak
          
                                                     my hubby bergambar bersama anak2 buah ku.

Rasa-rasanya cukup la sampai sini....insyallah kalau ada masa saya akan menyambung cerita tentang pegembaraan island hopping kami nanti.