Popular Posts

Tuesday, May 8, 2012

Jalan-jalan di Kundasang, Sabah


KL-Kundasang-Ranau-Kota Kinabalu (4 hari/3 malam)

Percutian singkat aku, suami dan anak2.

Aku dah lama teringin untuk ke Sabah. Tanpa diduga aku dapat membeli tiket murah dari Airasia. Tanpa berlengah lagi aku pun mula menempah hotel di Kundasang dan Kota Kinabalu. Tapi malangnya anak sulung ku tidak dapat turut serta kerana belajar di Kuantan. Tak pe lah Along next time kita pergi lagi. Ayah dah janji nak pergi lagi sekali.

Pagi 26 hb April kami bertolak ke LCCT, penerbangan kami pukul 9.30 pagi. Tepat pukul 8.30 kami dah pun tiba di lapangan terbang LCCT. Anak2 ku terpaksa ponteng sekolah 2 hari. Inilah gara2 mak nak pegy cuti Anak ponteng pun tak pe...hehehe (pertama dan terakhir) lain kali x buat lagi.


Anak kedua ku 

                                                                    Bergambar sementara nak chck in


Anak bongsu ku. (Tengah lapar la tu)


Ayah tengah sibuk membeli makanan untuk anak2.
Inilah kapalterbang yang kami naiki nanti

Adik sempat berposing sebelum menaiki kapalterbang


Kesian my hubby keseorangan
Aku dan anak2 sempat juga berposing hehe


Gambar dari atas ketika sampai di Bandar KK

Cantik pemandangan dari dalam kapalterbang


Kami sampai dilapangan terbang KK kira2 pukul 12.30. Kereta telah sedia menunggu. Kami sewa kereta Myvi je, untuk 3 hari kami dikenakan sewa RM330. (dlm RM110/day oklah tu). Aku dah kelaparan. Suami pula agak risau kerana tak begitu tahu jalan di KK ni. Tapi bagiku yg paling utama ialah mengisi perut ku yang dah mula kelaparan ni....

Kami meneruskan pejalanan ke Kundasang. SEbelum tu kami mengisi perut dulu. SElepas makanan kami pun bertolak ke Kundasang yang memakan masa dalam 2 jam dari bandar KK ni.

Sepanjang perjalanan kami mengikut saja pelan yg telah diberikan oleh kawan office ku yang memang org sini. Alhamdullilah kami berjaya sampai juga ke kundasang. Sepanjang perjalanan aku menyaksikan pemandangan yg sungguh cantik di sini.

Jalan menuju ke Kundasang agak berkabus ketika aku sampai kerana hujan



Akhirnya kami sampai di Mount Kinabalu Heritage. Untuk sampai ke hotel ini kami kena mendaki agak tinggi juga kerana hotel ini letaknya di atas puncak bukit....feeling bole nampak mount kinabalu view disini....happppyyyy nya aku


my hubby bergambar bersama anak2 di pintu masuk hotel Mount Kinabalu














Aku dan anak kedua di pintu masuk hotel


dijambatan gantung depan hotel
berehat sebentar dalam bilik
pemandangan dari tingkap bilik




pemandangan mount kinabalu dari bilik hotel ku
It's really beautiful!!!!!inilah keajaiban ALLAH



Petang itu kami cuma jalan2 di sekitar hotel dan makan malam. Di sini pukul 6 petang dah kelihatan mcm pukul 7.30 malam. Esok kami bercadang ke untuk Mount Kinabalu Park, Poring hotspring, sabah tea garden, tfish message, Dairy cattle farm dan kundasang war memorial........



HARI KEDUA


Pkl 5 pagi aku dah bangun. Kerana execited sangat mata pun x lena nak tidur. Bila bangun terus pergi tepi tingkap tengok pemandangan Mount Kinabalu. Waktu pagi ni lah dapat tengok pemandangan gunung agak clear juga. Lepas sembahyang subuh aku mengejutkan suami dan anak2. Pukul 6 tapi dah terang benderang. Sejuk jangan cakap la....memang sejuk gila kat sini.

Kira2 pukul 7.30 pagi kami pun keluar sarapan selepas itu terus ke Kinabalu Park. Sampai di KinabaluPark kira2 pkl 8 pagi. Kami terus beli tiket dan terus masuk ke dalam. Kami bercadang ke kaki gunung dimana bermulanya pendaki2 untuk memulakan dakian. My hubby pula main redah je. tak sangka perjalanan untuk naik ke atas agak curam dan mencabar.









nanti kita sambung lagi cerita dikundasang>>>>>>>

No comments:

Post a Comment