Salam, buat semua. Sudah lama saya tidak membuka blog ini. Bukan apa, terlupa kata laluan masuk. Baru sekarang teringat semula. Alhamdullilah akhirnya saya berjaya mengingatinya. Topik yang ingin saya ujarkan adalah mengenai pengalaman tinggal di hotel2 di malaysia. Banyak juga saya membaca akan keburukan dari kebaikan bila tinggal di hotel sama ada 5 bintang ataupun yang tiada bintang. Ramai juga yang tidak berpuas hati diatas layanan ataupun kemudahan yang disediakan. Kenapa ya? Bayaran yang dikenakan agak mahal tapi adakalanya ia amat tidak berbaloi dengan kemudahan yang disediakan. Bilakah ini semua akan berubah.
Pengusaha2 hotel, chalet ataupun resort2 seharusnya memberikan kepuasan dan menunjukan sifat perihatin terhadap segala komplen atau pun rungutan dari pelanggan tapi nampaknya sehingga ke tahun ini masih lagi tiada perubahan yang berlaku. Kalau rakyat sendiri tidak berpuas hati bagaimana pula reaksi pelancong dari luar negara. Tidak kah ini akan memalukan negara Malaysia sahaja.
Apa yang saya tulis kan ini adalah semata-mata untuk menyampaikan ketidak puasanhati setiap dari keluarga yang ini menikmati percutian yang bermakna bersama-sama keluarga. Pergi bercuti di luar bandar ataupun tak kiralah dimana pun, apa yang kita inginkan ialah percutian yang gembira dan akan diingati seumur hidup. Jika percutian itu terganggu dengan masalah2 yang amat mendukacitakan ia menjadi satu titik noktah untuk kita mengunjungi tempat yang sama lagi. apakah itu yang diinginkan oleh pengusaha2 hotel, resort dan chalet2 di malaysia ini. Fikir-fikirkan lah........
Popular Posts
-
KL-Kundasang-Ranau-Kota Kinabalu (4 hari/3 malam) Percutian singkat aku, suami dan anak2. Aku dah lama teringin untuk ke Sabah. T...
-
23/12/2010 aku dan keluarga pergi bercuti di Pulau Langkawi. Dan kebetulan pula keputusan PMR anak kedua ku juga keluar hari yang sama. Ana...
-
Salam, buat semua. Sudah lama saya tidak membuka blog ini. Bukan apa, terlupa kata laluan masuk. Baru sekarang teringat semula. Alhamdullila...
-
Sambung semula bab percutian ku.. Sampai di Arsenia dlm pukul 2.45 petang. Kakak ku baru saja sampai dari Penang. Kami berehat seketika dlm...
-
Satu Pertanyaan by Ruslina Mohd Tahir on Tuesday, June 23, 2009 at 6:09pm Aku sering bertanya; Adakah salah berkata-kata; Tapi apakan d...
-
" Some people dream of success...while others wake up and work hard at it ...tapi inilah lumrah dunia...nak berjaya kau bukan saja mest...
-
Dua tahun sudah berlalu Selama itu kami merindui mu Setiap saat setiap masa Kenangan lama mengusik jiwa Kenangan itu tak mungkin padam Sem...
No comments:
Post a Comment