Popular Posts

Wednesday, December 29, 2010

Bab 2 - Percutian di Langkawi 5h/4mlm

Sambung semula bab percutian ku..

Sampai di Arsenia dlm pukul 2.45 petang. Kakak ku baru saja sampai dari Penang. Kami berehat seketika dlm bilik hotel sebelum menyambung semula perjalanan percutian kami. Kira2 pukul 4.00 petang kami bertolak ke Under Water World. Budak2 la yang paling gembira bila sampai disini. Aku dan kakak ku tidak turut serta untuk masuk ke underwater world memandangkan tiket yang mahal. Biarlah budak2 saja yang masuk. Kami berdua tunggu diluar sambil berjalan-jalan dan membeli coklat di Coco Valley bersebelahan underwater world. Biarlah aku menghabiskan duit dengan membeli makanan dari membeli tiket masuk ke underwater ini. Tapi turut gembira bila melihat anak2 dan anak buah ku bergembira bersama-sama.
                                            Danial dan Amirul seronok nampaknya
 
 Angah dan Along



Adik, Along, Angah, Danial dan Amirul posing sakan

                                                         Mamat berlakon sejuk nampak
          
                                                     my hubby bergambar bersama anak2 buah ku.

Rasa-rasanya cukup la sampai sini....insyallah kalau ada masa saya akan menyambung cerita tentang pegembaraan island hopping kami nanti.

Percutian 5 hari/4 malam di Pulau Langkawi

23/12/2010 aku dan keluarga pergi bercuti di Pulau Langkawi. Dan kebetulan pula keputusan PMR anak kedua ku juga keluar hari yang sama. Anak ku mendapat 9A. Aku bukan saja gembira kerana dapat pergi bercuti malah kegembiran yang paling ketara ialah keputusan PMR anak ku.

                                 Inilah wajah anak kedua ku yang mendapat keputusan PMR yang cemerlang

Pagi itu airmata menitis dipipi. Itulah kegembiran yang paling ku nanti. Tepat pukul 6.30 petang kami bertolak ke LCCT. Penerbangan kami pada pukul 9.15 malam. Tapi malangnya penerbangan kami terlewat hampir 2 jam. Pukul 11.45 barulah penerbangan kami bermula. Dalam pukul 12.45tgh mlm kami sampai di lapangan terbang Langkawi.. Suami ku terus mengambil kereta sewa yang mmg telah lama menunggu kami. Terus pergi ke AB motel dan chck in. Kami bertuah kerana mendapat bilik berhadapan pantai. Bilik kami berada ditengah-tengah dan dikelilingi oleh mat2 salleh.

                                             along & adik dgn wajah yg kelaparan malam itu.



                                                    Sampai di Lapangan terbang Langkawi

Selepas chck in dan meletakkan beg2 kami terus keluar utk makan mlm. Perut pun dah berbunyi. Kami makan di restoran berdekatan sahaja kerana telah terlalu lapar dan mengantuk. Dalam pukul 1.30 pagi kami balik ke bilik untuk berehat....esok bermulalah percutian dan perjalanan kami dilangkawi....

24/12/2010 Hari Kedua

Tepat pukul 6.30 pagi aku dah bangun, begitu juga suami. Anak2 masing2 masih berselimut memandangkan mlm tadi tidur agak lewat. Selepas mandi aku berjalan-jalan ditepi pantai bersama suami.

                                      Pemandangan Indah  waktu pagi di pantai Chenang


Anak2 ku biarkan tidur. Aku dan suami berjalan disepanjang pantai chenang. Indahnya permandangan di pantai ini. Dalam pukul 8.00 pagi kami balik ke bilik lalu mengejutkan anak2 supaya bangun.

Selepas mengambil sarapan di restoran berhampiran kami pun meneruskan perjalanan ke Petronas Quay Bay. 



Mengambil gambar dan melihat permandangan yang indah di situ. Kemudian kami ke Oriental Village. Ingatkan ingin menaiki cable car tapi terpaksa membatalkan niat kerana orang terlalu ramai menunggu giliran untuk menaiki kereta cable. Tak sanggup utk menunggu kami cuma berjalan-jalan sahaja sambil membeli baju dan barang2 lain.


                                                  Bergambar di Petronas Quay Bay


Bergambar kenangan di Oriental Village. Walaupun aku sudah 5 x ke sini tapi pemandangan di sini tidak menjemukan. Malah kalau boleh setiap tahun aku ingin bercuti ke langkawi.










Dalam pukul 12.30 tenghari kami menuju pula ke Tempat Perkelahan Air Terjun Temurun. Ramai yang kata pemandangan disini cantik dan air terjunnya yang jernih dan sejuk. Lihat lah gambar air terjun ini yang sempat aku rakamkan.




Rasa nak berenang tapi malangnya tak bawa baju persalinan...hahaha terpaksalah merendamkan kaki saja. Adik la yang paling seronok mandi sambil menangkap ikan. Along dan Angah tak habis-habis posing memanjang.

Selepas ini kami meneruskan perjalanan ke pantai pasir hitam...tapi malangnya semasa disini aku tak sempat nak mengambil gambar kerana adik sudah mula buat perangai kerana kelaparan. Berhenti sekejap hanya untuk membeli t'shirt dan seluar mandi untuk anak2 dara ku. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke padang maksirat untuk makan tengahari. Kat sini ada satu restoran ikan bakar yang mmg terkenal. Selepas makan kami pun pegi ke arseania resort untuk bertemu dengan kakak kedua ku yang kebetulan juga baru sampai ke langkawi bersama anak2nya.

Buat masa ini sampai disini saja...dan akan aku sambung lagi cerita percutian ku ini. Di Bab ke2 nanti....